Cik exam..
Cik exam janji nak jumpa aku isnin nie. Katanya kalau nak jumpa dia kena la ready dulu. Buat dulu apa yang patut dibuat. Jangan masa jumpa dia, gagap tak terjawab, kelu seribu bahasa. Bila dengar Cik Exam cakap macamtu, aku dah mula risau. Walaupun ni bukan lah kali pertama aku berjumpa dia, tapi entah mengapa debaran jantung aku ini macam dah kena tachycardia lak. Kadang2 lak tue, dalam preparation bersua muka dengan cik exam syndrome depression lak muncul. Mood celaru serba serbi. Semua ini mungkin kerana terlalu takut nya aku bersua cik exam. Sering kali aku bertanya pada diri aku sendiri “Hilmi..ko dah ready ke ni?..macam banyak lagi je ko tak paham”..then dengan sendiri dan rasa rendah dirinya aku menjawab balik monolog dalaman aku tue..”Memang belum la..masih banyak lagi yang kena aku
tumpukan dan fahamkan”..
Cik exam..cik exam..kenapalah hadirmu mengundang debaran..kenapalah dengan namamu tercetusnya gerun..kenapalah aku perlu juga bersua dengan mu?..
Dari lubuk kecil hatiku. Aku percaya aku mampu. Aku mampu untuk bersemua cik exam dengan penuh yakin dan berani. Setelah doa ku pohon. Setelah usaha aku gandakan. Mungkin ini masa untuk aku tawakal. Tawakal dengan sepenuh hati pada empunya semesta. Jangan kamu gentar untuk bersua cik exam.
Anda lak macmana?..jom jumpa cik exam..mungkin dia tengah tunggu kita dengan penuh xsabar.
p/s-nurkilan akibat syndrome cik exam…

